Cara Urut Zakar Sendiri Supaya Tahan Lama Dan Mudah Bangun

Manual cara urut zakar yang akan dikongsikan kali ini supaya anda boleh mengurut zakar sendiri. Kalau nak minta tukang urut batin memang rabak poket kot. Sebenarnya cara urut zakar yang akan diajarkan ini adalah teknik urut zakar secara tradisional. Ianya adalah cara orang lama membuat urutan pada zakar yang bermasalah. Secara amnya, pakar urut batin yang anda kunjungi, jika mereka ikhlas ingin membantu, mereka pasti ajarkan cara urut zakar yang baik dalam mengharmonikan alam rumah tangga.

Masalah Zakar Susah Bangun

Masalah zakar kurang keras, susah bangun disebabkan gangguan angin pada bahagian celah kangkang lelaki. Terdapat satu cara urut zakar yang popular iaitu dengan mengurut menggunakan 3 jari. Jari telunjuk, jari hantu dan jari manis.

Dengan menggunakan minyak urut zakar seperti minyak dhab arab, masalah zakar susah bangun atau kurang keras boleh dipulihkan. Cara ini sebenarnya lebih berkesan berbanding menggunakan ubat kuat. Ubat kuat biasanya tidak bertahan lama. Bila anda berhenti menggunakan ubat kuat, masalah zakar susah keras datang kembali.

Ini kerana ubat tahan lama hanya menambah aliran darah didalam zakar. Tindakan ubat kuat biasanya dengan mengembangkan urat zakar termasuk pada urat bahagian celah kelengkang anda. Ia tidak merawat, sebaliknya memberi kesan sementara. Selain itu kesan buruk ubat kuat tahan lama ini biasanya menyebabkan urat menjadi tegang dan juga menjadi keras.

Apabila keras anda akan menghadapi kesukaran untuk melembutkan kembali urat ini supaya anda boleh merasa selesa. Sama juga ketegangan urat mendatangkan rasa tidak sedap dudukĀ  dan rasa macam salah urat.

Betul Ke Salah Urat?

Kalau salah urat, ini mungkin disebabkan kecederaan atau kemalangan. Jatuh tangga terduduk – duduk juga mendatangkan masalah salah urat pada zakar dan anda akan berada dalam kesakitan yang amat sangat.

Jika anda rasa macam urat telur tertarik, menjadi senak. Itu biasanya disebabkan urat menjadi tegang. Berpunca dari pengambilan ubat kuat tahan lama tadi.

Apa Ada Cara Yang Boleh Anda Lakukan?

Anda boleh mendapatkan solusi urut batin jika masalah anda sudah teruk. Namun anda masih boleh berusaha sendirian dengan menggunakan minyak dhab yang bersifat merawat. Oleh sebab itu, adalah wajib anda belajar cara urut zakar yang sebenar.

Cara Urut Zakar Supaya Tahan Lama Dan Mudah Keraskan Zakar

Sebelum anda belajar cara urut zakar ini, anda perlulah membuat persediaan urut zakar terlebih dahulu. Antara perkara yang di sarankan adalah:

  • Mandi hot shower sebelum mengurut
  • Jika tiada shower, usahakan air panas suam sebaldi
  • Jika tiada baldi, memadai guna tuala yang direndam air panas suam dan dituam pada kawasan zakar
  • Tujuan anda lakukan ini supaya menggalakkan pengaliran darah ke zakar
  • Ia juga bantu melembutkan urat dikawasan zakar

Apakah Jenis Urutan Zakar Yang Perlu Dilakukan

Untuk masalah zakar kurang keras, anda boleh membuat urutan 3 jari bermula dari dubur ditarik sehingga ke bawah telur.

  • Sebaiknya, semasa urut ini dudak dengan tapak kaki kanan dan kiri duduk bertentang seperti gambar diatas, tetapi buat diatas lantai.
  • Pada yang tidak biasa, anda akan merasakan kesakitan pada bahagian pelipat peha, ini kerana urat anda tegang.
  • Urut dahulu bahagian pelipat peha (kawasan 3 segi zakar). Anda akan kentut atau sendawa sewaktu mengurut bahagian kiri dan kanan pelipat peha ini.
  • Urut dalam keadaan bersila dulu pada bahagian pelipat peha, sekirangnya cubaan duduk seperti gambar diatas mendatangkan kesakitan.
  • Letak minyak yang mencukupi, terlebih pun tak mengapa kerana kulit pada pelipat peha ni nipis dan mudah tercalar/pedih jika tak biasa.
  • Urut menggunakan ibu jari sebelah tangan membentuk bulan melawan jam untuk memecahkan angin pada kawasan ini.
  • Apabila angin ini pecah, urat akan menjadi lembut dan tidak lagi tegang. Ini akan memudahkan anda untuk duduk seperti gambar diatas.
  • Apabila anda duduk seperti gambar diatas, kawasan celah kelengkang anda akan terbuka keatas dan lubang dubur juga mudah diakses.
  • Sebelum anda buat urutan 3 jari, anda boleh menggunakan kedua – dua belah tangan serentak diurut melawan jam dari bawah telur hingga ke tulang pinggul.
  • Biasanya pada kawasan dubur terletaknya 2 tulang bulat (kiri dan kanan) yang merupakan tulang pinggul. Urutan ini biasanya menyebabkan angin pecah dan anda akan merasa kelegaan yang amat sangat.
  • Kawasan tulang pinggung juga tempat dimana banyak angin berkumpul, jadi dengan mengurut sekeliling tulang pinggul; anda memecahkan angin pada kawasan ini.
  • Kemudian anda perlu membuat urutan 3 jari yang mana, jari hantu akan bermula dari tepi lubang dubur dan ditarik sehingga bawah telur, secara berulang – ulang. Tukar – tukar tangan, buat dalam kiraan 21 kali.

  • Seterusnya adalah dengan mengurut 2 lubang cincin. Anda masih lagi dalam keadaan cara duduk yang sama. Hanya dengan duduk seperti ini, barulah kedua – dua lubang cincin ini terbuka.
  • Dengan gunakan jari telunjuk, anda perlu meraba – raba pada kulit telur zakar sebelah tepi atas.
  • Bagi yang tidak pernah mengurut 2 lubang cincin ini, anda perlu bayangkan lubang ini seperti lubang hidung yang banyak bulu hidung. Sama keadaannya pada lubang cincin yang tidak pernah di service.
  • Dengan membuat urutan lembut memusing lawan jam, anda akan menjumpai lubang ini. Teruskan buat pusaran melawan jam ini sehingga terwujud lubang di antara zakar.
  • Itulah dia lubang cincin anda, urutan ini akan membuat anda sendawa dengan lebih banyak kerana disinilah angin berkumpul pada zakar yang menyebabkan anda cepat ngilu dan tidak dapat tahan lama.
  • Urutan pada batang zakar pula akan menyegarkan zakar, kelihatan lebih besar dan panjang

Berminat Urut Zakar Dengan Minyak Dhab Kami?

Semak Sini : Minyak Dhab Arab

Selepas mengurut zakar anda, anda akan merasai ringan, zakar mudah bangun, mudah keras dan banyak kesan positif. Jika tidak, teruskan rutin ini setiap hari menggunakan minyak dhab arab sehingga anda mendapat kesan mujarab. Cara urut zakar yang saya kongsikan ini sememangnya mudah dilakukan dari rumah tanpa perlu keluar modal bayar tukang urut batin. Tetapi mengunjungi mereka sebenarnya memberi kebaikan yang sangat luarbiasa berbanding mengurut sendiri zakar anda. Semoga perkongsian cara urut zakar ini membantu mengharmonikan rumah tangga anda.

 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *